Bahagian Perpustakaan telah wujud selaras dengan penubuhan  UiTM (Perak) Kampus Tapah. Menggunakan “Pusat Sumber” sebagai nama sementara dan ditempatkan bersebelahan dengan Auditorium UiTM (Perak) Kampus Tapah. Mulai 18 April 2014, bahagian ini telah  berpindah dari bangunan Fasa 1 ke bangunan Fasa 2.  Pada 20 Mei 2014 Bahagian Perpustakaan telah memulakan operasi di bangunan tetap yang terletak di antara pejabat pentadbiran dan bangunan pensyarah yang mampu menampung seramai 650 orang pelajar dalam satu-satu masa.

 

Ianya diuruskan oleh 2 orang Pustakawan serta 7 orang kakitangan sokongan. Bangunan tiga tingkat ini menempatkan enam unit utama iaitu Unit Pentadbiran, Unit Perkhidmatan Maklumat, Unit Perkhidmatan Pelanggan, Unit Jurnal dan Pangkalan Data, Unit Sistem dan Teknologi Maklumat dan Unit Pemuliharaan Bahan.