Pinjaman

fsfsPerpustakaan Tun Abdul Razak beroperasi menggunakan sistem perpustakaan - LibSys. Hanya pelanggan berdaftar sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman bahan. Pelanggan yang ingin meminjam buku perlu membawa buku dan kad matrik ke kaunter Perkhidmatan Pelanggan ataupun melakukannya sendiri dengan menggunakan Mesin Pinjaman Layan Diri (Selfcheck Machine) yang disediakan.

Pelajar dan staf UiTM secara automatik merupakan ahli perpustakaan. Pelajar adalah secara automatik didaftarkan sebagai ahli perpustakaan dan menggunakan kad matrik/ UiTM sebagai kad keahlian. Manakala staf perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan dengan mengisi borang data pelanggan.

Keahlian perpustakaan adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian

 KATEGORI  KELAYAKAN PINJAMAN  TEMPOH PINJAMAN
PELAJAR
 DIPLOMA  20 NASKAH  14 HARI
 IJAZAH  20 NASKAH  14 HARI
 SARJANA  40 NASKAH  28 HARI
 PHD  60 NASKAH  28 HARI
STAF
 AKADEMIK  30 NASKAH  28 HARI
 PENTADBIRAN  20 NASKAH  28 HARI

Pemulangan Bahan

  • Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau mesin pemulangan buku (Book Drop Machine).
  • Buku yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.
  • Pelanggan hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
  • Email peringatan akan dikeluarkan tiga hari (3 hari) sebelum tarikh pemulangan bagi membolehkan pelanggan membuat pembaharuan atau memulangkan bahan pinjaman.
  • Pihak perpustakaan berhak untuk menahan perkhidmatan pinjaman dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya bahan masih belum dipulangkan selepas notis peringatan dikeluarkan.
  • Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item) bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.

DENDA LEWAT PEMULANGAN (PELAJAR SAHAJA)

  • Denda dikenakan sebanyak 20 sen sehari
  • Notis peringatan terakhir akan dihantar
  • Penggantungan kemudahan peminjaman
  • Surat peringatan akan dihantar ke alamat Ibubapa/Penjaga
  • Nama akan dihantar ke Bahagian HEP untuk tindakan tatatertib 

BUKU HILANG/ROSAK

  • Laporkan segera kehilangan buku/rosak bagi mengelak pertambahan bayaran denda.
  • Gantirugi bahan merangkumi : Harga bahan mengikut harga terkini + wang proses (RM20.00) +   denda lewat tarikh (jika ada)